Monday, October 19, 2009

kerinduan yang tak terhenti

Salam......
Ape je yang kita faham tentang rindu? ape je yang kita tak mengerti makna sebenar kerinduan? kadang kala kita tak faham ape pn rindu itu tapi kita mengucapkannya..tapi untuk ape kita ucapkannya andai erti ridu pn kita tak pernah mengerti?orang kate pengalaman mengajar erti kehidupan sebenar...

Rindu umpama satu perasaan yang tak dapat kita bayangkan..kita cuma dapat merasakannya bila kita menyayangi seseorang..tak kira la kita menyayanginya sebagai seorang sahabat,kekasih,saudara atau sesiapa saje...dan yang paling utama adalah rindu kepada pencipta alm semesta ni iaitu Allah s.w.t yang maha agung lagi maha peyayang.. erti rindu sebenar pula? rindu itu umpama ucapan sekeping hati yang kita sampaikan pada angin lalu untuk orang yang paling kita ingati...orang yang paling bermakna dalam hidup kita...orang teramat sempurna di mata kita.

Pernah tak kita tau yang ada masanya rindu itu membawa kepada perpisahan..? ha....jangan terkejut pula..perpisahan itu bukan kita yang minta tapi takdir dariNya atau dugaan untuk umatnya yang Dia sayangi. Mungkin semua itu terjadi kerana percintaan jarak jauh yang di mmiliki oleh pasangan yang tak pernah cuba mengerti erti sabar dan kepercayaan yang di berikan bukanlah atas dasar keihlasan tapi sekadar hanya ingin memiliki sebuah percintaan... tapi kadang kala kita tidak faham mengapa ia terjadi. Jadi, walaupun berpisah,rindu takkan pernah hilang.melupakan orang yang paling kita sayang bukan perkara mudah sehingga kiat menjumpai rindu yang terbiar atau pun rindu yang memilukan...dan yang paling kita ingati bahawa kita takkan pernah cuba untuk berfikir yang Allah itu kejam untuk menghapuskan rindu yang ada dan juga kasih sayang yang terbina.

Ape pula rindu yang memilukan? Pernah tak kita merindui seseorang hinggakan kita terbayang wajahnya di mana2 saje? Itulah rindu yang memilukan..kita meirnduinya tapi kita tak dapat merasai sama ada orang yang kita rindui itu meraakan perasaan yang sama seperti kita. Tapi janganlah sampai kita menganggap yang kita hanyalah bertepuk sebelah tangan. Tak semua orang menyatakan rindu, tak semua orang pandai menunjukkan rindunya terhadap kita. Jadi,rindu tu biarlah rindu yang tak melebihi dari kita merinduiNya yang satu...sape? dah tentunya Allah yang mengatur kehidupan kita yang menjadi perancang perjalanan hidup.

Akhir kata ingatlah..merindui bukan perkara yang salah,bukan perkara yang mudah dan juga bukan perkara yang memberikan jawapan yang jelas... hanya satu saje rindu yang jelas iaitu rindu kita kepada Allah s.w.t.

Ada masa lagi,kita bercerita lagi ape je yang berlaku dalam kehidupan kita... Semoga Allah memberkati ape yang aku cuba sampaikan..

Sekian...Wasalam...

No comments:

Post a Comment